Friday, May 7, 2010

Petua Mencuci Hati


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 x sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya.

17. Pesan pada orang, jadi baik.

18. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat.

35 Petua Pelajar Cemerlang


1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
* kita ingat 10 % apayang dibaca
* kita ingat 20% apa yang didengar
* kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
* kita ingat 70% apa yang dicakapkan
* kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

…Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya….

5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
* pastikan cahaya adalah terang
* kurangkan gangguan bunyi
* tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
* tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
* kerusi dan meja menghadap kiblat
* jangan lupa untuk senyum
6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
7. Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
8. Tahu teknik merangsang memori:
* memasukkan maklumat dalam memori (registration)
* menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
* mengingat kembali (recall)
* menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
9. Sentiasa awal dan mendahului:
* persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
* pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
* belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
* untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
* duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
* memberikan tumpuan sepanuhnya
* menggunakan jari telunjuk untuk membaca
* menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
22. Tahu petua mengulang kaji
* cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
* siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna
* duduk tegak dikerusi yang selesa
* baca doa penerang hati
* baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
* fikir dan ingat kembali isi utama
* catat/lakar
* semak semula ketepatan maklumat
* ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
* buat rumusan
* jawab soalan
* tampal maklumat yang rumit di dinding
* baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
* jangan makan kepala ikan
* jangan makan organ dalaman
* jangan minum semasa makan
* jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
* jangan melihat kemaluan
* jangan melihat buih
* jangan membaca nama pada batu nisan
* banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
* banyakkan makan kismis, kurma dan madu
* banyakkan makan kekacang
* pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
* jangan makan sehingga terlalu kenyang
* jangan kencing berdiri
25. Tahu kemahiran mengingat:
* tampal nota-nota penting di dinding
* tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
* gunakan kaedah akronim
* reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
* pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
26. Cekap mengatur jadual belajar:
* mempunyai jadual belajar
* patuh kepada jadual
* buat jadual yang boleh diikuti
27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
32. Pelbagaikan tempat belajar.
33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
* taat kepada Allah
* mendirikan sembahyang
* menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
* hormati & sayangi guru
* bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
* suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
* membantu rakan yang memerlukan
* berdoa dan bersyukur kepada Allah
* sentiasa bertawakal
* mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ 60 Petua Mendapatkan Pasangan ♥ ♥ ♥ ♥ ♥


1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Sunday, May 2, 2010

Ayah Dan Ibu



~ Ibu dan ayah – saya nak ucap banyak banyak tima kasih sebab jaga saya dari dulu. lambang cinta ibu dan ayah kan..utk ibu – saya nak cakap terima kasih sebab lahirkan saya.ikut cerita ibu, masa tu bidan kampung jer. berbelas jam ibu sakit. saya anak tengah and kebetulan badan saya semangat masa lahir katanya.ibu cakap, segala sakit hilang bila dia tengok wajah saya…. saya hensem ke ibu ???

~ Saya masa kecil suka nangis kata ayah.dan ayah cakap; nasib baik ayah tak humban saya dalam pokok pisang sebab saya melalak malam malam..jangan yah.. tu buang bayi namanya, kena tangkap tau.hehe

~ Ibu – saya nak cakap saya sangat sayang kat ibu tau. memang saya jarang cakap dan jarang tunjuk…ayah – saya nak ayah tau; saya sangat sayang kat ayah. pun sama, saya sangat jarang cakap dan jarang tunjuk…

~ Ibu dan ayah berikan semua yang terbaik pada saya; dari kecik hinggalah sekarang. walaupun saya tau;ibu dan ayah dulu bukannya senang sangat pun. tapi jarang sekali permintaan saya ayah dan ibu abaikan. saya tau saya akan melalak dan siap guling guling kalau tak dapat mainan.

~ Ibu dengan ayah berdua bekorban apa saja untuk saya dari dulu kini dan selamanya. ibu dengan cara ibu dan ayah dengan cara ayah. saya mintak maaf kat ibu..sebab dulu kalau saya nak beli coklat/gula-gula; ibu tak kasi..along mesti pergi tanya ayah..dan ayah gerenti beli !

~ Ayah dan ibu dan bekalkan ilmu agama dan dunia secukupnya utk saya berkhalifah di dunia ini.

~ Disamping itu, saya tau; ayah dan ibu tak putus putus berdoa dan memohon agar saya diberkati,dirahmati serta dimurahkan rezeki.

~ Dan sehingga kini; ibu dan ayah masih lagi tidak lokek memberi nasihat tatkala kekeliruan..Walaupun kadang-kadang saya perlukan panduan bukannya arahahan.

~ Ibu; tak pernah lupa masak lauk kegemaran saya tiap kali saya balik…dari masa saya sekolah hingga ke hari ini.

~ Saya sukar sekali nak telefon ibu dan ayah.walaupun untuk tanya khabar dah makan ke belum.. tak sampai pun seminit kan.. bukannya mahal pun.saya payah nak call. padahal, tentu ibu dan ayah rindukan suara saya kan…teruknya saya ni.

~ Ikut kata adat – usia ibu dan ayah mungkin tak panjang lagi..tapi sya masih lagi enggan menggunakan baki masa ni untuk membahagia dan menggembirakan ibu dan ayah. tolol kan saya. saya tak terfikir nak spent sebanyak masa bersama ibu dan ayah.cerita cerita, borak borak,makan makan dll. padahal, along cukup tau..besok besok, kalau ibu dan ayah dah takder, saya bukannya boleh beli ibu dan ayah yang lain.

~ Ayahibu.. ampun kan segala salah silap saya.. saya pun nak baiki salah silap saya tau!

~ Ya Allah… lanjutkanlah usia ibu dan ayah. aku masih terlalu jauh dari mereka. aku masih gagal menjadi anak impian mereka. aku masih belum mampu membahagiakan mereka dan aku masih belum sempat menjadi kebanggaan mereka. Ya Allah… berikan peluang untuk aku bersama mereka. berikan peluang untuk aku mengucapkan, i love you pada mereka dengan ucapan yang tulus dan penuh keinsafan. berikan peluang kepada aku untuk membalas segala jasa dan pahit jenuh mereka dulu…

~ Ya Allah… murahkanlah rezeki aku untuk aku menyediakan segala kesenangan dan kemewahan kepada mereka.Ya Allah… murahkan lah rezeki aku; agar aku sentiasa ada lebih masa untuk bersama mereka…